Cyberjaya, 3 September 2025- Hari ini berlangsung Kursus Seni Kemahiran Pengacaraan di Pelbagai Platform Dunia Media Digital di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI) dikendalikan oleh personaliti TV,
Encik Nizal Mohammad bertujuan memperkasa penerbit kandungan dan profesional komunikasi korporat dengan kemahiran pengacaraan yang relevan merentasi pelbagai medium digital seperti media sosial, podcast, penstriman langsung dan televisyen digital.
Kursus ini menekankan teknik penyampaian yang berkesan, kawalan suara, gaya komunikasi mengikut platform, serta pembangunan personaliti penyiaran yang menarik dan profesional. Peserta turut didedahkan kepada penggunaan teknologi terkini, strategi penjenamaan peribadi dan etika penyiaran, sekali gus melahirkan pengacara yang versatil dan mampu meningkatkan nilai kandungan serta impak komunikasi dalam dunia media moden.



