Media Jambatan Komunikasi Kerajaan-Rakyat

KUCHING: Media merupakan jambatan penting dalam menjayakan komunikasi dua hala yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, jika berlaku krisis bekalan air, gangguan elektrik, bekalan gas dan perkhidmatan komunikasi, media memainkan peranan utama dalam menyalurkan maklumat terkini kepada penduduk yang terjejas.

“Media juga berfungsi sebagai suara rakyat dalam menyampaikan maklum balas, kritikan yang membina demi menambah baik perkhidmatan kerajaan,” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Penghargaan Media 2025 Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di sini, malam tadi.

Berita penuh:
Suara Sarawak | Media Jambatan Komunikasi Kerajaan-Rakyat

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest