Ketelusan dan Kepercayaan Media Kunci Kejayaan Organisasi – Presiden MPI

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong telah menyampaikan ucaptama pada hari pertama Human Performance & Integrity Congress (HuPIC) 2025 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Oktober 2025.

Kongres yang bertemakan “A Culture of Leadership” ini menekankan kepentingan kepimpinan dalam membentuk organisasi berprestasi tinggi yang berteraskan nilai integriti dan keselamatan. Tema tersebut turut menyoroti bahawa kepimpinan bukan sekadar berpaksikan pangkat atau jawatan, tetapi merupakan budaya yang dikongsi dan diamalkan di setiap peringkat organisasi bagi memupuk inovasi, kepercayaan dan tanggungjawab bersama.

Dalam ucaptamanya bertajuk “When The Camera Rolls: Building Trust Through Ethical Media Response”, Datuk Yong menekankan peranan penting komunikasi dan kepercayaan dalam hubungan antara organisasi dan media. Beliau menyarankan agar setiap organisasi tidak berasa takut berhadapan dengan media sebaliknya membina hubungan yang baik dan telus bagi memastikan pelaporan yang tepat dan adil dapat disampaikan kepada masyarakat.

HuPIC 2025 turut memberi tumpuan kepada aspek Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) dengan menekankan faktor sumber manusia dan organisasi yang menjadi pemacu kepada keselamatan, kesejahteraan dan kemampanan. Penganjuran ini menyediakan platform kepada pelbagai sektor untuk bergerak melangkaui tahap pematuhan semata-mata, dengan menanamkan budaya kerja berprestasi tinggi yang menjadikan keselamatan sebagai nilai teras dalam operasi harian.

HuPIC 2025 anjuran Scorpion Tact Services Sdn Bhd ini menjadi medan penting bagi membina budaya kepimpinan yang lestari, di mana integriti dan prestasi menjadi asas kepada kejayaan organisasi dan masyarakat secara keseluruhannya.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter