Simulasi Penyiaran MPI Jadi Tarikan Utama Hari Kedua Minggu Industri USIM

Nilai, 5 November — Hari kedua Minggu Bersama Industri 2025 anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.

Malaysian Press Institute (MPI) meneruskan penyertaan dengan aktiviti simulasi pelaporan dan pembacaan berita yang terus menarik perhatian ramai pelajar komunikasi. Ramai dalam kalangan mereka tidak melepaskan peluang mencuba sendiri pengalaman menjadi pembaca berita, sambil dibimbing oleh wakil MPI yang berkongsi asas penyampaian dan teknik penyiaran.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang dunia kewartawanan dan media, malah mengasah keyakinan diri mereka dalam berkomunikasi di hadapan kamera. Menambah kemeriahan program, pihak penganjur turut menganjurkan ujibakat pembaca berita dan pencarian DJ radio dalam kalangan pelajar USIM.

Minggu Bersama Industri 2025 menjadi platform terbaik mempertemukan pemain industri dengan pelajar universiti, sekali gus membuka peluang kepada generasi muda mengenali realiti dunia kerja dan menimba inspirasi daripada pengamal industri media profesional.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest