Hari Kedua Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif Fokus Penghasilan Video PSA

Cyberjaya, 6 November 2025 – Hari kedua Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif anjuran MPI berlangsung dengan fokus kepada penghasilan video makluman awam (Public Service Announcement, PSA) sebagai latihan individu. Kursus ini diadakan di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran seperti perancangan kandungan, penulisan skrip dan penyampaian mesej secara berkesan. Latihan ini turut memperkukuh kreativiti peserta dalam menghasilkan kandungan digital yang relevan, informatif dan menarik.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest