Peserta Asah Kemahiran Penyuntingan Pada Hari Kedua Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif

Cyberjaya, 6 November 2025 – Hari kedua Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Secara keseluruhannya, pada kali ini memberi tumpuan kepada aspek praktikal seperti suntingan video, di samping penerapan rakaman suara latar serta efek visual yang bersesuaian bagi memperkukuh kualiti penghasilan kandungan digital. Peserta turut menjalankan tugasan berkumpulan dan individu sebagai latihan hands-on bagi mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus.

Diikuti dengan tayangan hasil video peserta, sesi ulasan dan perkongsian tips bersama penceramah juga telah dilaksanakan. Aktiviti ini menjadi ruang interaktif bagi bertukar pandangan dan memperkukuh kefahaman terhadap teknik penyuntingan serta pembinaan naratif visual yang berkesan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest