KP KEMAS Terima Panduan Pelan Media Strategik daripada MPI

KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Haji Ainol Amriz Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man pada malam ini sempena Kursus Pelan Media Unit Komunikasi Korporat KEMAS Tahun 2025.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Haji Ainol menyerahkan naskhah Panduan Pelan Media Strategik KEMAS kepada Datuk Mohd Hanafiah sebagai simbolik perkongsian ilmu dan usaha memperkukuh strategi komunikasi organisasi tersebut.

Kursus dua hari di ibu negara ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kemahiran serta keberkesanan informasi dan komunikasi Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam menyampaikan maklumat secara lebih terancang, berkesan dan strategik.

MPI terus komited untuk bekerjasama menyediakan latihan kepda seluruh warga KEMAS dalam memperkukuh kapasiti komunikasi strategik yang memberi fokus kepada guru taska dan tabika.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest