MPI Sertai Seminar ASEAN Tangani Isu Berita Palsu di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2025 – Hari ini delegasi Malaysian Press Institute (MPI) telah menghadiri Majlis Perasmian “Seminar on Developing a Training Module for Combating Fake News in ASEAN & Forum: Challenges in Combating Fake News in ASEAN Countries” yang berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil.

Turut hadir mewakili MPI ialah Presiden, Datuk Yong Soo Heong, bersama Eksekutif Pentadbiran & Kesetiausahaan, Puan Norfatin Syahira dan sekretariat MPI, Aisyah.

Seminar yang dianjurkan oleh Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan penganjur bersama Asia Pacific Institute for Broadcasting Development (AIBD) ini dititikberatkan dengan objektif utama bagi membangunkan modul latihan dan meningkatkan keupayaan menangani berita palsu selain memperkukuh kerjasama serantau antara negara-negara ASEAN dalam memerangi isu penyebaran maklumat tidak sahih.

Forum yang berlangsung selepas perasmian telah menampilkan moderator, Ketua Pegawai Eksekutif AIBD, Puan Philomena Gnanapragasam.

Manakala antara barisan panelis yang hadir termasuk, Timbalan Pengarah Urusan (Regulatory & Corporate) MCMC, YBhg. Datuk Zurkarnain bin Mohd Yasin, Setiausaha Bawah Kementerian Penerangan Cambodia, Dr. Alfin Sles dan Ketua Bahagian Kebudayaan & Informasi, Sekretariat ASEAN, Encik Jonathan Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif AKATI Sekurity, Encik Krishna Rajagopal.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter