Cyberjaya, 29 Oktober 2025 – Bertempat di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI) Cyberjaya, satu program latihan yang dianjurkan oleh organisasi luar sedang berlangsung pada hari ini.
Dilengkapi dengan fasiliti yang moden dan selesa, pusat latihan ini bukan sahaja menjadi lokasi ideal untuk penganjuran kursus buat pengamal media, malah sesuai digunakan bagi pelbagai program lain seperti seminar, bengkel dan latihan-latihan korporat.
Bagi organisasi yang berminat untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Latihan MPI, boleh hubungi MPI di talian 03 8689 2717 atau e-mel press2mpi@gmail.com untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut.






