Kuala Lumpur, 23 Julai 2025 – Hari ini merupakan hari pertama tim Malaysian Press Institute (MPI) membuka reruai pameran pada Seminar Kebangsaan Penerbitan Majalah dan Media Baharu Berbahasa Melayu di Malaysia 2025 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Pemeran ini diadakan sempena seminar yang menghimpunkan para penggiat industri penerbitan dan media baharu bagi memperkukuh peranan bahasa Melayu dalam dunia penerbitan digital.
Reruai MPI yang diadakan ini memaparkan sejarah penubuhan institusi, peranan dalam pembangunan kewartawanan, serta pelbagai inisiatif semasa termasuk penerbitan E-Jurnal dan program latihan. Turut diadakan tandatangan Kempen #wartawanintegritiberetika yang memberi peluang kepada para peserta yang hadir menunjukkan sokongan mereka.
Pameran ini juga memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha MPI dalam memperkasa media tempatan yang beretika dan berwibawa.
Turut hadir memeriahkan reruai MPI termasuk, Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Mohamed Said (A. Samad Said), Ketua Pegawai Eksekutif New Sarawak Tribune dan Suara Sarawak, YBhg. Dato Dr. Jeniri Amir dan ramai lagi.








