MPI Anjur Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif untuk Pengamal Komunikasi

Cyberjaya, 5 November 2025 – Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif anjuran MPI kini sedang berlangsung di Pusat Latihan MPI, dikendalikan oleh penceramah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail.

Kursus ini disertai oleh 16 peserta dari pelbagai organisasi dengan objektif memperkasa kemahiran penghasilan kandungan digital yang lebih kreatif, tersusun dan berstrategi. Antara fokus utama sesi pagi termasuklah penghasilan video pendek, perancangan kandungan, serta penggunaan “prompt” untuk membangunkan storyboard yang tersusun.

Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memahami trend media digital semasa. Peserta dilatih merancang mesej yang sesuai dan berkesan untuk pelbagai platform media sosial, selari dengan kehendak audiens hari ini. Pendekatan praktikal ini membantu peserta membina asas kukuh dalam penyampaian kandungan yang menarik dan relevan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest