Anugerah Media PERKESO 2025 Kembali Selepas Tiga Tahun

Setelah tiga tahun menyepi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) kembali meneruskan Anugerah Media PERKESO – kali ini dengan semangat baharu dan penghargaan yang lebih bermakna!

Bertemakan “PERKESO Selamanya Melindungimu”, anugerah berprestij ini sekali lagi membuka ruang kepada para pengamal media yang telah sekian lama menjadi rakan strategik PERKESO dalam menyampaikan maklumat penting berkenaan perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia.

Anugerah ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021 dalam tujuan menghargai sumbangan besar para wartawan, jurugambar, jurukamera, penerbit dan anggota media yang menghasilkan karya-karya berkualiti dan memberi impak tinggi dalam memperkukuh kesedaran masyarakat tentang keselamatan sosial di bawah naungan PERKESO.

Kini, Anugerah Media PERKESO 2025 membuka tirai semula untuk meraikan kecemerlangan kewartawanan yang menyentuh kehidupan, membela nasib rakyat, dan mempromosikan nilai perlindungan serta kebajikan pekerja.

Anugerah Media PERKESO 2025 menawarkan lapan (8) kategori anugerah berdasarkan platform media masing-masing. Hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000 wang tunai beserta trofi dan sijil disediakan untuk para pemenang:

  • Laporan TV Terbaik
  • Laporan Radio Terbaik
  • Laporan Podcast Terbaik
  • Laporan Media Cetak Terbaik
  • Laporan Portal Berita Terbaik
  • Laporan Media Digital Terbaik
  • Anugerah Fotografi Terbaik
  • Anugerah Jasa Bakti
    • Syarikat
    • Individu

Karya yang layak menyertai mestilah telah diterbitkan atau disiarkan antara 15 Jun 2024 hingga 31 Ogos 2025.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 September 2025. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Peserta perlu menghantar bahan penyertaan secara digital dengan mengisi pautan URL karya pada ruangan pautan bahan penyertaan yang disediakan. Peserta digalakkan menghantar bahan melalui perkhidmatan storan awan (cloud storage) seperti Google Drive, OneDrive, Dropbox, WeTransfer, dan lain-lain lagi.

Borang penyertaan dan syarat penyertaan boleh didapati di pautan berikut:

Borang Penyertaan

Syarat Penyertaan

Panduan Sinopsis & Muatnaik Bahan Penyertaan

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pihak MPI selaku Sekretriat Anugerah Media di talian 03-86892717 / 2718 / 2719 atau emel di bukitledangmpi@yahoo.com

Teruskan bersama kami kerana PERKESO Selamanya Melindungimu.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter