Anugerah Khas HKM MPI-PETRONAS 2024 | Allahyarham Rozaid Abdul Rahman

📢 Pemenang Kategori Anugerah Khas📢
Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024

Malaysian Press Institute (MPI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Allahyarham Rozaid Abdul Rahman atas penganugerahan Anugerah Khas, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam dunia kewartawanan tanah air.

Sepanjang kerjaya beliau, Allahyarham dikenali sebagai seorang wartawan dan pengarang berkaliber yang menjunjung etika kewartawanan serta berani memperjuangkan kebenaran. Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Malaysia pada 1984 dan juga berkhidmat bersama beberapa organisasi media arus perdana, meninggalkan legasi yang dihormati dalam bidang penulisan, penyuntingan dan pengurusan editorial.

Allahyarham juga dikenang sebagai mentor yang disegani, yang membimbing ramai wartawan muda dengan penuh komitmen dan ketelitian.

Anugerah ini telah diterima oleh anak sulung Allahyarham, Roz Ariffin Rozaid, sempena Malam Wartawan Malaysia 2025 yang berlangsung pada 20 Jun 2025 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur.

Semoga jasa dan legasi Allahyarham terus menjadi inspirasi buat warga media serta pewarta masa hadapan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest