Kategori Tokoh Wartawan Negara
Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024
Malaysian Press Institute (MPI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Wong Chun Wai atas penganugerahan Tokoh Wartawan Negara, sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan cemerlang dan berimpak tinggi dalam dunia kewartawanan tanah air.
Sumbangan dan pengalaman beliau lebih 40 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan di peringkat nasional dan antarabangsa – terus memberi inspirasi kepada warga industri serta generasi baharu.
Anugerah ini telah disampaikan sempena Malam Wartawan Malaysia 2025, yang berlangsung pada 20 Jun 2025 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur.
Terima kasih atas jasa, iltizam dan kepimpinan berwibawa dalam memartabatkan kewartawanan Malaysia.