Kota Kinabalu, 23 September 2025 – Hari ini merupakan hari kedua Kursus Pelaporan dan Analisis Pilihan Raya Negeri anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, yang kini sedang berlangsung di The Palace Hotel, Kota Kinabalu.
Sesi pada pagi ini dimulakan dengan sambungan Sesi Pertanyaan Awal oleh peserta dan diteruskan lagi dengan topik ‘Proses Pilihan Raya: Pasca Pilihan Raya’, di mana Penceramah, Dr. G Manimaran menekankan tanggungjawab wartawan dalam melaporkan keputusan, reaksi politik serta kesannya terhadap landskap masyarakat dan pentadbiran.
Peserta turut didedahkan dengan pendekatan analitikal serta etika kewartawanan bagi memastikan laporan pasca pilihan raya lebih telus, seimbang dan berimpak tinggi kepada masyarakat.


