Mastering the Spotlight’: Latihan Tingkat Profesionalisme Jurucakap Bank Islam

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 – Program latihan “Mastering the Spotlight: Spokesperson Media Mastery” anjuran Malaysian Press Institute (MPI) untuk pengurusan tertinggi Bank Islam Malaysia Berhad telah berlangsung di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur semalam.

Latihan sehari ini bertujuan memperkukuh kemahiran peserta dalam berinteraksi dengan media serta menyampaikan mesej organisasi dengan lebih yakin dan berkesan.

Melalui gabungan sesi teori dan simulasi seperti temu bual studio dan spontan, rakaman podcast serta sidang media, peserta diberi peluang mempraktikkan teknik komunikasi profesional secara langsung.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam mempertingkatkan lagi kemahiran komunikasi media dan profesionalisme peserta sebagai jurucakap organisasi.

Pengajar kursus, Datin Yusanani Yushak, Mantan Personaliti/Penyampai Berita TV3 menyampaikan sedikit teori ringkas mengenai teknik-teknik menjadi jurucakap berkesan sebelum sesi latihan.
Setiap peserta berpeluang merasai setiap sesi simulasi, antaranya temu ramah podcast, platform yang kian mendapat perhatian di kalangan warga net.
Peserta pengurusan tertinggi Bank Islam Berhad bergambar kenangan dengan pengajar, Datin Yusanani Yushak (tiga dari kiri). Turut kelihatan ialah Datuk Chamil Wariya, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif MPI (enam dari kanan) yang bertindak mengendalikan sesi latihan temu bual di studio mini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter