Kuching, 29 September – Media Spokesperson Training anjuran Malaysian Press Institute (MPI) untuk Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah bermula pagi ini bertempat di Hotel Sheraton, Kuching, Sarawak.
Program dua hari yang berlangsung pada 29 dan 30 September 2025 ini melibatkan penyertaan 18 orang pegawai PETROS, dengan fokus utama kepada peningkatan kemahiran komunikasi strategik dan penyampaian mesej yang berkesan dalam kalangan jurucakap organisasi.
Kursus dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, Datin Yusanani Yushak, yang membimbing peserta melalui sesi teori pada sebelah pagi, diikuti dengan latihan praktikal sidang media pada sebelah petang.
Program akan diteruskan esok dengan latihan praktikal temu bual media dan pengendalian podcast, bagi memberi peluang kepada peserta mengasah kemahiran komunikasi mereka dalam pelbagai platform.