Cyberjaya, 4 September 2025 – Kursus Video Power anjuran Malaysian Press Institute (MPI) telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Program ini dikendalikan oleh Encik Nor Helmee bin Zainal Abidin, seorang Content Creator, Consultant dan Strategist yang berpengalaman luas dalam bidang penghasilan kandungan digital dan strategi komunikasi.
Penganjuran kursus ini adalah bertepatan dengan aspirasi MPI untuk memperkukuh keupayaan para peserta dalam bidang komunikasi visual serta menghasilkan video promosi yang kreatif, efektif dan berimpak tinggi.
Melalui sesi perkongsian ini, peserta didedahkan dengan teknik, strategi dan pendekatan praktikal dalam membangunkan kandungan video yang mampu menarik perhatian khalayak sasaran, seterusnya menyokong usaha pemasaran dan pengiklanan dengan lebih berkesan.
Kursus ini turut membuka ruang kepada individu daripada pelbagai latar belakang untuk menimba ilmu baharu, meningkatkan kemahiran teknikal, serta mengaplikasikan kreativiti masing-masing dalam penghasilan video promosi.




