Program ‘The Role of Mediation in Effective ESG Leadership’

Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Advance Dispute Resolution Centre (ADRC) menganjurkan ceramah bertujuan memberi pendedahan dan penerangan kepada Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ARC) dengan menggunakan kemahiran Mediasi untuk menyelesaikan konflik dan pertikaian.

Program ini akan diadakan pada 22 Januari 2025 yang bertempat di Dewan Seminar Aras 1, Bangunan Toray, Universiti Sains Malaysia.

Program ini memberi pendedahan berkaitan kemahiran komunikasi profesional dalam penyelesaian konflik, interpersonal, pengurusan krisis dan membina kepimpinan yang berkesan. Ia amat diperlukan dalam bidang perhubungan awam, media dan organisasi.

ADRC diasaskan berdasarkan inspirasi daripada Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff dalam visinya untuk mewujudkan masyarakat berbilang budaya yang harmoni. Sepanjang hayatnya, Tan Sri telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat melalui peranannya sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Muafakat dan Perundingan Negeri Pulau Pinang (MPMNNPP) serta sebagai Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG). Usaha beliau telah membawa kemajuan besar dalam mempromosikan keharmonian kaum dan keamanan dalam masyarakat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest