Kuala Lumpur : Seramai 16 pengamal media yang berdepan masalah kesihatan serta kesempitan hidup menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di Wisma Bernama hari ini dengan tema “Sinari Harapan, Utuhkan Perpaduan” yang mencerminkan semangat kasih dan kebersamaan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, serta Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 Arul Rajoo Durar Raj.
Berita penuh:
Bernama | 16 pengamal media dibantu menjelang sambutan Deepavali