Prof. Murad taja lima pelajar PhD Kajian Kewartawanan Melayu

SHAH ALAM, 21 Jun 2025 — Tokoh akademik dan sejarawan media, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican menawarkan tajaan biasiswa berjumlah RM5,000 setiap seorang kepada lima pelajar PhD yang menjalankan penyelidikan dalam bidang kewartawanan dan akhbar Melayu di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara.

Biasiswa yang dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan peribadi beliau itu diberikan dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia bertujuan menggalakkan penyelidikan sejarah dan peranan media Melayu dalam pembinaan pemikiran serta identiti bangsa di rantau ini.

Berita penuh:
The Malaya Post | Prof. Murad taja lima pelajar PhD Kajian Kewartawanan Melayu

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest