Health, Safety and Environmental (HSE) Literacy Program With The Media

Kolaborasi Scorpion Tact Services bersama Malaysian Press Institute (MPI)

Cyberjaya, 21 Ogos 2025 – Program “Health, Safety and Environmental (HSE) Literacy with the Media” berlangsung hari ini di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI). Inisiatif ini merupakan kolaborasi antara Scorpion Tact Services dan MPI, dengan penyertaan seramai 20 wakil daripada pelbagai organisasi media termasuk Media Prima Berhad, Jabatan Penerangan, BERNAMA, NSTP, Media Selangor serta Richworks Academy.

Program dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, yang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan media yang hadir. Beliau turut menekankan kepentingan literasi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan beretika kepada masyarakat.

Pagi ini dimulakan dengan perkongsian bertajuk ‘Telling The Truth About Fire Safety (The Right Ethics For Media Practitioner)’ oleh Bekas Pengarah Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datu Khirudin Bin Drahman @ Hussain.

Dalam sesi ini, penceramah menekankan peranan penting media dalam melaporkan isu keselamatan kebakaran dengan beretika dan berfakta.

Beliau turut berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan keselamatan kebakaran, serta bagaimana media boleh menjadi agen perubahan dalam menyebarkan maklumat yang betul dan bertanggungjawab.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter