Mendidik Masyarakat Tentang OSH: Dari Perspektif Media

Cyberjaya, 21 Ogos 2025 – Sesi perkongsian pada hari ini diteruskan lagi dengan pencerahan bertajuk “Kebenaran Pahit OSH – Mendidik Masyarakat dari Perspektif Media”, menampilkan Pengarah Eksekutif Scorpion Tact Services Sdn Bhd, Encik Mohamad Aliasman Bin Morshidi. Beliau berkongsi secara terbuka tentang realiti sebenar dunia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

Dalam sesi tersebut, beliau menekankan betapa pentingnya peranan media dalam menyampaikan mesej keselamatan secara berkesan kepada masyarakat umum bukan sekadar untuk pengetahuan, tetapi sebagai satu amalan harian yang mampu menyelamatkan nyawa.

Program ini membuka ruang perbincangan yang kritikal dan membina antara pihak industri dan media, ke arah meningkatkan kesedaran serta memperkukuh budaya keselamatan di semua lapisan masyarakat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter