Kerjasama MPI-UKM: Program Media 5.0 Dirancang September Ini

Malaysian Press Institute (MPI) bakal bekerjasama dengan Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menganjurkan program bertemakan Media 5.0 dengan berkonsepkan Bengkel Seminar.

Hasrat disampaikan wakil persatuan itu selepas mendengar penerangan oleh MPI pada pertemuan di Bangi, 28 April 2025. Beberapa idea dan cara dibincangkan termasuklah keinginan persatuan itu meneruskan hasrat berkenaan dengan cadangan tarikh pada awal September ini.

Antara topik yang dicadangkan dalam tema ini ialah Cabaran Majlis Media Indonesia dan Kewartawanan; Revolusi Media 5.0; Bengkel AI dan Bengkel Influencer dan Digital.

Peserta Bengkel Seminar Media 5.0 ini ialah pelajar Indonesia dan tempatan dari pelbagai universiti, pensyarah dan editor media.

Satu pertemuan dengan pihak berwajjb Indonesia di Malaysia juga sedang diatur dalam memastikan koloborasi ini dijayakan. Hadir sama dalam diskusi ini, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Hj Ainol Amriz Ismail.

Moga hasrat ini dicapai. MPI giat menganjurkan Mini Forum melibatkan pelajar, pensyarah serta Fakulti di Universiti tempatan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter