MPI dan PUSPAKOM Jalin Kerjasama Perkukuh Literasi Media dan Kesedaran Jalan Raya

CYBERJAYA, 8 Julai 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) dan PUSPAKOM Sdn. Bhd. bekerjasama memperkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi pendekatan literasi media dan kempen komunikasi awam bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan penyelenggaraan serta pengendalian kenderaan yang selamat.

Komitmen itu dizahirkan dalam sesi pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Encik Mahmood Razak Bahman, dan Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, yang berlangsung di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI), Cyberjaya, hari ini.

Perbincangan turut menyentuh potensi pembangunan program literasi media yang menggabungkan penerangan mengenai teknologi terkini dalam industri pemeriksaan kenderaan, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu meningkatkan kecekapan proses pemeriksaan, di samping memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai aspek penyelenggaraan dan keselamatan kenderaan yang wajar diberi perhatian.

Mahmood berkata, kerjasama berkenaan mempunyai potensi besar dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan jalan raya melalui penyampaian maklumat yang tepat dan mudah difahami

“Ini merupakan satu cadangan yang sangat baik. PUSPAKOM melihat kerjasama ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat, dan kami berharap pelaksanaannya dapat disegerakan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Yong berkata, MPI menyambut baik kesediaan PUSPAKOM untuk menjalin kerjasama strategik tersebut dan akan meneliti bentuk pelaksanaan yang bersesuaian, termasuk pembangunan modul literasi media, program latihan, kempen komunikasi awam serta inisiatif pendidikan yang dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

Dalam kunjungan itu, PUSPAKOM turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada MPI sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2026 yang akan berlangsung pada 17 Julai 2026 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Penajaan ini merupakan tahun ketiga berturut-turut PUSPAKOM menaja penganjuran Malam Wartawan Malaysia anjuran MPI.

Menurut Mahmood, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen PUSPAKOM dalam menyokong pembangunan kewartawanan profesional di Malaysia serta menghargai peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

“Kewartawanan profesional memainkan peranan penting dalam membantu rakyat membuat keputusan yang berasaskan fakta dan maklumat yang sahih. Sejak sekian lama, media menjadi sumber maklumat yang dipercayai serta berperanan membentuk kefahaman masyarakat terhadap pelbagai isu yang memberi kesan kepada kehidupan harian, termasuk aspek keselamatan kenderaan dan keselamatan jalan raya,” katanya.

Delegasi PUSPAKOM yang hadir turut disertai oleh Cik Nik Haizan Nik Zambri, Puan Norasliza Adam Shah, serta beberapa pegawai kanan syarikat.

MPI turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar, Norlida Jamain, Ketua Unit Media Sosial, Ibrahim Darman, Projek Koordinator, Nur Afiqah Rahmat dan Eksekutif Pentadbiran/Kesetiausahaan, Norfatin Syahira Jusoh.

Malam Wartawan Malaysia merupakan acara tahunan anjuran MPI yang menghimpunkan pengamal media dari seluruh negara bagi mengiktiraf kecemerlangan karya kewartawanan serta menghargai sumbangan wartawan dan organisasi media dalam pembangunan negara. PUSPAKOM Sdn. Bhd. ialah syarikat pemeriksaan kenderaan berlesen pertama di Malaysia dengan pengalaman lebih tiga dekad menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di seluruh negara. Sebagai peneraju dalam industri pemeriksaan kenderaan, PUSPAKOM terus memperkukuh perkhidmatannya melalui inovasi teknologi dan penambahbaikan berterusan bagi menyokong sistem pengangkutan jalan raya yang lebih selamat dan cekap.

#mpicommit

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter