Vanakkam Malaysia Terokai Platform AI Tingkat Produktiviti Bilik Berita

BANGSAR, 7 Julai 2026 – Hari kedua Bengkel Ejen AI (AI for Journalists: Enhancing Newsroom Productivity and Editorial Insights) memberi fokus kepada pengaplikasian pelbagai platform Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu wartawan meningkatkan kecekapan proses pelaporan dan penghasilan kandungan berita. Dikendalikan oleh penceramah, Encik Cletus de Rozario, sesi ini memperkenalkan penggunaan platform AI seperti Gamma AI serta beberapa aplikasi lain yang dapat dimanfaatkan untuk penyelidikan, penjanaan idea dan penghasilan kandungan multimedia, di samping menekankan aspek penggunaan AI secara beretika dalam kewartawanan.

Bengkel selama dua hari ini disertai oleh 10 orang wartawan Vanakkam Malaysia yang berpeluang mengikuti latihan secara praktikal bagi mengaplikasikan pelbagai platform AI dalam tugasan sebenar di bilik berita. Penganjuran bengkel di bawah Dana Inovasi Media dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) sebagai penyedia latihan diharap dapat memperkukuh kemahiran digital peserta serta meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian berita.

Dengan berakhirnya bengkel ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugasan harian, sekali gus menyokong usaha transformasi digital bilik berita dan memperkasakan penyampaian maklumat yang lebih pantas, tepat serta relevan kepada masyarakat.

Tahniah buat semua peserta!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter