Anugerah Kecemerlangan Media KPKT (AKeMEDIA KPKT) kini kembali dengan edisi tahun 2026. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berterusan menganjur anugerah buat kali keempat sebagai usaha pengiktirafan kewartawanan negara dalam membuat liputan yang merangkumi perancangan, penggubalan, dan pemantauan dasar perumahan, kerajaan tempatan, pengurusan sisa pepejal, serta perkhidmatan bomba dan penyelamat.

Terdapat lapan kategori dipertandingkan yang sesuai bagi pengamal media dari bidang media cetak, portal berita, media penyiaran televisyen, portal yang menyediakan konten video dalam talian, media penyiaran radio, fotografi, dan juga penyedia konten video media sosial.
Berikut kategori yang dipertandingkan:
| Kategori | Hadiah |
|---|---|
| Anugerah Khas YBM KM | Penerima 1: RM 10,000 & Trofi & Sijil Penerima 2: RM 10,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Video Portal / Dalam Talian Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Penyiaran Radio Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Media Sosial Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
| Anugerah Influencer Terbaik | Pertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil |
Penyertaan terbuka pada karya berbahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.
Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.
Karya penyertaan yang dipertandingkan adalah mengenai peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), antaranya: Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Wira Merah, Kemampanan Bandar Bandar Pintar, Pengurusan Sisa Pepejal, Lanskap, Kredit Komuniti, skop tugas dan peranan jabatan di bawah KPKT serta agensi KPKT.
Karya-karya yang ingin dipertandingkan ke AKeMEDIA KPKT 2026 hendaklah diterbit atau disiar antara 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2026.
Bolehlah terlebih dahulu lihat borang penyertaan serta syarat penyertaan pada pautan-pautan berikut :
Panduan Sinopsis & Muatnaik Bahan Penyertaan
Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan / pengamal media yang berkerja sepenuh masa, separuh masa, stringer, dan wartawan sambilan.
Tarikh tutup penyertaan adalah 16 September 2026.
Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.
Sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman, di alamat emel bukitledangmpi@yahoo.com .



