Hari Kedua Kursus Transformasi Kandungan Digital Di Harimau Malaya

PETALING JAYA, 15 Oktober 2026 – Hari kedua Kursus Transformasi Kandungan Digital dan Produksi Multimedia untuk Media Sukan Era Digital diteruskan hari ini di Pejabat Harimau Malaya dengan sesi pembentangan tugasan oleh sembilan peserta bagi mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari pada hari pertama.

Selain pembentangan tugasan, peserta turut menjalani sesi praktikal yang memfokuskan kepada teknik Timeline Sync dan Audio Clean-up serta penggunaan automasi kecerdasan buatan (AI) dalam proses penerbitan kandungan multimedia.

Peserta juga didedahkan kepada strategi media sosial berasaskan AI dan teknik penulisan kandungan (copywriting) bagi menghasilkan bahan penerbitan digital yang lebih berkesan dan menarik. Kursus diakhiri dengan sesi Mass Showcase dan Post-Mortem sebagai ruang untuk mempamerkan hasil tugasan serta menilai pembelajaran dan pengalaman sepanjang kursus berlangsung.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Dana Inovasi Media dalam usaha memperkukuh kemahiran penghasilan kandungan digital dan multimedia, khususnya dalam bidang media sukan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter