Dr. Haji Ainol Amriz Ismail Kongsi Ilmu Asas Reka Kandungan Digital Kreatif

Cyberjaya, 5 November 2025 – Hari pertama Kursus Reka Kandungan Digital Kreatif dimulakan dengan sesi teori bersama penceramah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Haji Ainol Amriz Ismail. Sesi ini menekankan asas penghasilan video pendek, perancangan kandungan digital dan penggunaan prompt bagi membangunkan papan cerita (storyboard) yang lebih kreatif dan teratur.

Perkongsian ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah menghasilkan kandungan digital yang berkesan serta seiring dengan keperluan industri media masa kini. Sesi ini juga menjadi persediaan awal sebelum mereka melaksanakan aktiviti rakaman dan tugasan praktikal seterusnya.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest