Kerjasama Media–Pelancongan Sabah Diperkukuh Sejajar Tahun Melawat Malaysia 2026

KOTA KINABALU, 4 Februari — Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Malaysian Press Institute (MPI) menerokai peluang kerjasama bersama Sabah Tourism Board bagi memperkukuh peranan media dalam menyokong pembangunan dan promosi sektor pelancongan di Sabah.

Perbincangan menumpukan kepada inisiatif literasi pelancongan Sabah, khususnya melibatkan pengamal media dalam meningkatkan kefahaman, kualiti pelaporan, serta penghasilan kandungan pelancongan yang lebih berimpak dan berfokuskan nilai tempatan.

Pertemuan ini merupakan susulan kepada kertas cadangan kerjasama yang telah dikemukakan oleh MPI pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam meneroka bentuk kolaborasi yang lebih tersusun dan berjangka panjang bagi menyokong agenda promosi pelancongan negara.

Antara cadangan yang dibincangkan termasuk pelaksanaan program latihan serta platform perkongsian ilmu yang disyorkan untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur , dilihat sebagai pendekatan media yang lebih strategik yang tidak hanya tertumpu di peringkat tempatan malah di peringkat nasional dalam menyokong agenda promosi pelancongan Sabah.

Delegasi MPI diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, bersama Puan Norlida Jamain, Pengurus Besar MPI, dan Encik Muhammad Asyraf Rosmidi, Eksekutif Kandungan Kreatif.

Dalam pertemuan berkenaan, STB diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan, Ms. Tay Shu Lan; Pengurus Kanan Pemasaran, Josephine Chai; Pengurus Komunikasi, David Michael dan Avila Geraldine Samuel.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter