KOTA KINABALU, 6 Februari 2026 — Malaysian Press Institute (MPI) menutup siri latihan dan lawatan kerja di Sabah dengan Program Sembang Ilmu bersama Prospek MPI yang memberi ruang perbincangan lebih dekat dan terbuka berkaitan dunia komunikasi serta pembangunan profesional.
Program ini menjadi platform interaktif untuk MPI bersembang secara langsung dengan prospek khususnya dalam memahami keperluan, cabaran serta hala tuju komunikasi masa kini yang semakin dinamik dan berteraskan teknologi.
Hadir dalam program ini Cik Willsie Alphonsus dan Encik Mohd Zul Fikar Kalong, masing-masing selaku MySMJ Profiler daripda Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) dan Encik Salbinous Saribun daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Perbincangan turut menyentuh kepentingan kemahiran komunikasi strategik, pembinaan profil profesional serta keupayaan individu serta organisasi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap media dan penyampaian maklumat.
Program berkenaan menampilkan perkongsian pengalaman dan input daripada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail serta Ahli Majlis Pentadbir MPI, Encik Thiaga Rajan, yang menyentuh aspek komunikasi berkesan dalam pelbagai bentuk; penulisan dan visual.
Turut serta Ahli Majlis Pentadbir MPI, Dr. Diana Dominic, Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain, Eksekutif Kanan Unit Projek Khas, Puan Nur Ramizah Abdul Aziz serta Eksekutif Kandungan Kreatif, Encik Muhammad Asyraf Rosmidi.



