Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) terus komited mengiktiraf sumbangan pengamal media melalui penganjuran Anugerah Media Pembinaan CIDB 2025, edisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh industri kewartawanan negara.
Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan mencecah RM 70,000.00 merangkumi tujuh kategori yang dipertandingkan, sebagai tanda penghargaan terhadap hasil karya media yang berkualiti, berimpak tinggi, dan menyumbang kepada pemahaman awam mengenai industri pembinaan negara.

Berikut antaran kategori yang dipertandingkan:
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Laporan Khas Berita
- Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Rencana
- Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian- Laporan Khas & Dokumentari
- Anugerah Media Penyiaran Radio
- Anugerah Fotografi
- Anugerah Infografik Pegun
- Anugerah Infografik Video
Para wartawan dan penggiat media dijemput untuk menghantar penyertaan bagi karya-karya yang telah diterbitkan atau disiarkan dalam tempoh 1 September 2024 hingga 31 Ogos 2025.
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Pautan Panduan Muatnaik Penyertaan
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 September 2025. Sebarang pertanyaan berkaitan anugerah ini boleh dikemukakan kepada Sekretariat AMP CIDB.



