Kursus
ZAMALAH TUTUP TIRAI KURSUS 2018 MPI

ZAMALAH TUTUP TIRAI KURSUS 2018 MPI

Zamalah Wartawan Malaysia telah menutup tirai kursus 2018 anjuran MPI yang diadakan di Kuching Sarawak pada 3 – 14 Disember 2018. Majlis perasmian kursus anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Rahman Abang Zohari Tun Abang Haji Openg pada 3 Disember 2018, bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

Kursus yang mendapat sokongan padu dari Kerajaan Negeri Sarawak ini telah menghimpunkan seramai 25 orang pengamal media dari Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung. Seramai 16 penyertaan dari Sarawak yang terdiri daripada See Hua Daily News, Utusan Sarawak, Jabatan Penyiaran Bintulu, Limbang, Kuching, Borneo Post, Sin Chew Daily, Jabatan Penerangan, Berita Harian, New Sarawak Tribune, Sarawak Voice serta dua orang pegawai media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Sabah telah menghantar 3 penyertaan iaitu dari Jabatan Penerangan dan juga Jabatan Penyiaran sementara dari Semenanjung pula ada 6 penyertaan iaitu dari Malaysia Gazette, Malaysia Insight, BERNAMA, KOSMO! dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Sepanjang tempoh dua minggu berkursus, para peserta didedahkan dengan ilmu kewartawanan disamping sesi lawatan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia untuk berdialog bersama Pengarah Unit Perancangan Negeri Sarawak, Menara Sarawak Energy dan Empangan Hidroelektrik Batang Ai di Lubok Antu oleh Sarawak Energy Berhad serta lawatan ke Kampung Budaya Sarawak bagi mendedahkan kepada para peserta serba sedikit pembangunan dan kepelbagaian kaum di Sarawak.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan dan Peserta Terbaik disampaikan oleh Encik Francis Chan, Pengarang Urusan Kanan Borneo Post/Utusan Borneo di Damai Beach Resort, Santubong. Peserta terbaik lelaki diberikan kepada wartawan NSTP, Nurul Ekhwan Haque manakala peserta terbaik wanita diberikan kepada Fenny Silong, wartawan Utusan Sarawak dan program Zamalah ini juga telah dimoderatorkan oleh Dato’ Baharom Mahusin.

Video yang ditayang sewaktu majlis penutup pada 14 Disember 2018 :

 
Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar dari hari pertama hingga hari terakhir kursus Zamalah Wartawan Malaysia 2018 :