ANUGERAH
Jemputan menyertai Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019

Jemputan menyertai Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019

Buat kali kelima Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019 diadakan dengan usaha sama MPI & Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan pembinaan terbaik atau berkait dengan salah satu aspek bidang tugas CIDB, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi di bawahnya.

MPI dilantik sebagai urusetia penghakiman bagi tiga (3) kawasan liputan yang dipertandingkan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Hanya karya disiar dan diterbitkan mulai 31 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2019 sahaja yang layak menyertai.

Sila klik pautan dibawah  untuk keterangan lanjut :

Tarikh tutup penyertaan 30 Julai 2019.  Sebarang pertanyaan ajukan kepada Sekretariat Penghakiman AMP CIDB 2019 di talian 03 – 8689 2717 / 2718 / 2719.