ANUGERAH MEDIA HALAL MEEMBAR DILANCAR

 

Kuala Lumpur, 28 Januari – Anugerah Media Halal Meembar anjuran DagangHalal dan Malaysian Press Institute secara rasminya telah dilancarkan pada malam tadi.

Pelancaran anugerah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Kini, penyertaan telah dibuka bagi karya-karya kewartawanan mengenai industri halal yang telah disiar dan diterbitkan mulai 1 Januari 2018 sehingga 15 Februari 2019 layak menyertai. Tarikh tutup penyertaan pada 20 Februari 2019.

Dalam ucap tama Datuk Seri Dr. Mujahid, beliau berkata “penganugerahan ini bertujuan sebagai usaha menghargai sumbangan wartawan menerusi penghasilan karya-karya kewartawanan yang membantu kepada pemesatan ekosistem Halal Malaysia”.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada 3 April 2019 sempena Majlis Apresiasi GHaS (Global Halal Summit 2019).

 

Rakaman gambar-gambar :

 

1. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyampaikan kata alu-aluannya.

2. Gimik pelancaran Global Halal Summit (GHaS 2019) disempurnakan oleh tetamu kehormat.

3. Dari kiri : Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI; Datuk Haji Muhadzir Mohd Isa, Pengerusi DagangHalal; Puan Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM; Dato’ Mohammad Radhi Abd Razak, Timbalan Pengarah Industri Perkhidmatan (MACRO), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi; Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato’ Wan Latiff Wan Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MATRADE; Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Majlis Halal Malaysia ; Encik Hanisofian Alias, Naib Presiden Halal Development Industry Corporation; Encik Bukhari Md Akhir, Pengarah Hub Unit Halal JAKIM; dan Encik Hairil Yahri Yaacob, Pengarah Kanan Sektorial, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bergambar selepas gimik pelancaran selesai.

4. Datuk Dr. Chamil (kiri) berbual mesra dengan Datuk Seri Mujahid (kanan) bersama Pengerusi DagangHalal, Datuk Muhadzir (tengah).