ANUGERAH
Anugerah Hari Pekerja 2018 : Media Cetak & Media Elektronik

Anugerah Hari Pekerja 2018 : Media Cetak & Media Elektronik

Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja yang akan diadakan pada 1 Mei 2018 nanti, Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan Anugerah Hari Pekerja 2018 sebagai usaha menghargai sumbangan pekerja kepada negara.

Terdapat 11 anugerah yang dipertandingkan dan buat pertama kalinya, dua kategori khusus dibuka untuk para karyawan media, iaitu Anugerah Media Terbaik – Media Cetak, dan Anugerah Media Terbaik – Media Elektronik.

Pemenang bagi setiap kategori media akan menerima piala, sijil dan RM 5,000. Senarai nama pemenang-pemenang anugerah bakal dipaparkan di dalam akhbar-akhbar utama.

Karya-karya media cetak & elektronik yang layak menyertai anugerah ini hendaklah diterbit atau disiar dari 1 Mei 2017 hingga 28 Mac 2018.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Mac 2018.

Para karyawan boleh mula menyertai serta mendapat maklumat lebih lanjut di pautan ini : http://e-anugerahharipekerja2018.com.my/

 

 

 

Poster Anugerah Hari Pekerja 2018