MPI anjur Bengkel Penulisan Rencana dan Naratif Berkesan

Malaysian Press Institute menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana & Naratif Berkesan sebagai alternatif bagi meningkatkan kemahiran penulisan untuk menghasilkan penulisan yang lebih menarik dan berkesan kepada pembaca.

Bengkel yang dikendalikan oleh Dr Jeniri Amir, Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group (SMG) telah menarik minat seramai 19 peserta daripada kalangan pengamal komunikasi korporat dan pengamal media antaranya pegawai penerangan dari Jabatan Penerangan Malaysia dan BERNAMA, pegawai komunikasi korporat dari PETRONAS, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, TLDM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“The best though using the best words in the best order giving the best impact” itulah pegangan kata- kata yang dipegang oleh penceramah sepanjang kursus dijalankan. 

Beliau yang juga merupakan mantan Pensyarah Kanan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak juga mencadangkan supaya peserta haruslah membaca buku pada setiap hari dan terus menulis sehingga akhir hayat supaya rencana yang akan dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri rencana yang baik.

Sementara itu, rata- rata peserta berpendapat bahawa kursus sebegini banyak memberi pengetahuan yang berbeza disebabkan oleh penceramah yang sangat luar biasa di mana beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang penulisan.

Lt Norzuhaira, peserta daripada markas tentera laut berkata bengkel seperti ini perlu dilakukan lagi pada masa akan datang supaya lebih banyak ‘input’ tetang penulisan dapat disampaikan oleh penceramah seterusnya mereka dapat menghasilkan satu hasil kerja yang baik dan berkesan.

Menurut beliau lagi, selain membantu meningkatkan kreativiti dan gaya penulisan, teknik dan kemahiran yang dipelajari di dalam bengkel ini dapat membantu mereka menambah baik daripada pelbagai aspek terutamanya dari segi kandungan dan ejaan bagi setiap rencana dan naratif yang akan dihasilkan.

Berikut merupakan rangkuman gambar sepanjang bengkel berlangsung:

1. Dr. Jeniri Amir, menyampaikan tips – tips penulisan rencana berkesan kepada para peserta.
2. Mohd Haffis, peserta daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, tekun menyiapkan tugasan yang diberikan.
3. Para peserta menemuramah Puan Norhafiza Kamaludin, Pengurus Unit Latihan MPI.
4. Tidak melepaskan peluang, peserta daripada Jabatan Penerangan bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.
5. Aktiviti kumpulan: peserta berkongsi idea dan berlumba-lumba untuk menyiapkan tugas yang diberikan.
6. Para peserta mengambil gambar kenangan bersama penceramah pada akhir kursus.