MPI MULA JUAL ASET PEJABAT

Pelbagai jenis aset pejabat milik Malaysian Press Institute (MPI) kini dibuka untuk pembelian oleh mana-mana individu atau syarikat yang berminat.

Ini berikutan MPI sedang dalam proses perpindahan dan bakal beroperasi di premis bangunan yang dibeli di Cyberjaya pada awal tahun 2018.

Menurut Yusof Saharin Haron, Penolong Pengurus Akaun dan Pentadbiran, “MPI tidak membawa barangan-barangan ini berikutan ketiadaan tempat untuk menyimpan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah juga telah bersetuju dengan keputusan untuk menjual barangan yang telah disenaraikan. Kesemua barangan berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan. Harga yang diletakkan untuk setiap barangan adalah mengikut harga susutnilai semasa yang telah diberikan oleh pihak Auditor yang telah dilantik oleh MPI.”

“Kami juga mengalu-alukan kehadiran bakal pembeli yang berminat untuk datang ke pejabat MPI dan melihat sendiri barangan tersebut sebelum membuat keputusan. Bakal pembeli yang berminat diminta menghubungi saya di talian 03-20952013/2014 bagi tujuan temujanji”, tambah Yusof.

Sila klik pautan untuk melihat senarai penuh