PERDANA MENTERI MALAYSIA DIUNDANG SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2017

logo MPI

21 April 2017 bakal menjadi tarikh penting dalam kalendar media tanah air dengan perhimpunan terbesar pengamal media tempatan pada majlis Malam Wartawan Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI).

Majlis tahunan anjuran MPI itu bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik sepanjang tahun 2016 menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016.

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diundang sebagai tetamu kehormat.

MPI mengekalkan tradisi tetamu kehormat yang diundang adalah Perdana Menteri Malaysia atau Timbalan Perdana Menteri secara berselang seli.

Tahun lalu, YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir meraikan kalangan wartawan selaku tetamu kehormat.

Keputusan mengundang YAB Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat dibuat oleh Jawatankuasa Induk Penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad yang juga Pengerusi Bersama pada mesyuaratnya di MPI bertarikh 17 Januari 2017.

Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) ditaja oleh syarikat minyak Negara, PETRONAS dengan nilai tajaan RM 300,000 sama seperti tahun lalu. PETRONAS adalah penaja eksklusif HKM sejak tahun 1994. Pengesahan tajaan ini dimaklumkan oleh Encik Azman Ibrahim, Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Media pada mesyuarat tersebut.

IMG_0322 (1280x853)Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2017 bergambar kenangan sejurus tamat mesyuarat.

Berdiri dari kiri : Foo Tick Fat, Pengarang Bersekutu Nanyang Siang Pau; T. Selva, Pengarang Perunding Kanan, Latihan & Hal Ehwal Perundangan The STAR; Azman Ibrahim, Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Media PETRONAS, Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Zakaria Abd Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA dan Choo Joon Kian, Pengarang Berita Sin Chew Media.

Duduk dari kiri : Sri Diah Shaharuddin, Pengurus Besar Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf; Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI dan Puan Siti Safarina Amrita Alias, Jabatan Perhubungan Media PETRONAS.

Tiada dalam gambar : Ainol Amriz Ismail, Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan; Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia; dan Francis Fahir, Presiden Persatuan Wartawan Sabah.

Dikeluarkan pada : 3 Februari 2017