ROCK N ROLL GAMATKAN MALAM ANUGERAH MEDIA CIDB 2019

Bertemakan rock and roll, majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB dan Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya (KKR) berlangsung penuh bergaya di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 7 Disember 2019 lalu.

Sebahagian besar peserta yang hadir mengenakan pakaian bertema rock and roll pilihan masing-masing. Ini termasuklah tetamu kehormat iaitu Menteri Kerja Raya , YB Tuan Baru Bian.

Majlis tahunan yang diadakan sejak tahun 2015 itu telah memberi pengiktirafan kepada 13 orang wartawan yang memenangi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019 bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Media Cetak & Portal Berita, Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian serta Fotografi.

Bagi episod tahun ini, wartawan dari Berita Harian berjaya merangkul hadiah utama bagi kategori Media Cetak & Portal Berita. Bagi kategori Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian dimenangi oleh tiga wartawan berkumpulan dari Bernama News Channel. Kategori Fotografi pula telah dimenangi oleh wartawan dari The Star. Semua pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan trofi.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000, sijil beserta trofi.

Senarai penuh nama-nama pemenang disertakan di bawah:

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan acara selingan untuk wartawan iaitu Media Got Talent dan Best Dress. Dua orang wartawan dinobatkan sebagai pemenang pakaian terbaik dan pertandingan karaoke menampilkan lima orang wartawan. Turut diselitkan dalam majlis adalah slot penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB Tuan Baru Bian.

Rangkuman gambar-gambar: