RTM, BH ungguli Anugerah Media MSOSH

RTM dan BH tampil sebagai juara bagi kategori yang disertai untuk Anugerah Media Malaysian Society of Occupational Safety and Health (MSOSH) 2018 yang diadakan pada 1 Ogos 2019 di Hotel One World, Petaling Jaya.

Wartawan RTM, Andy Reza Rohadian  menang bagi kategori kewartawanan TV dan video atas talian, manakala wartawan BH Halina Mohd Noor menduduki tempat pertama bagi kategori kewartawanan cetak.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta sijil penghargaan sebagai ganjaran bagi kejayaan mereka.

Tempat kedua bagi kewartawanan TV dimenangi oleh Wan Zairul Azri dan Norliza Binti Mohd Salleh mewakili TV3 manakala wartawan RTM Sabah, Sahira Binti Samain, Juliana Bangot, Mohd Shah Abdul Salam, Roslia Gondila, dan Ezra Jukim berada di tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 serta sijil penghargaan.

Bagi kategori cetak, tempat kedua diduduki oleh Haini Darani mewakli Utusan Sarawak yang membawa pulang RM2,000 manakala Wan Nor Hayati Wan Alias, juga dari BH berada di tempat ketiga. Dia menerima hadiah RM1,000.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Presiden MSOSH Encik Khairuddin Hairan pada majlis Anugerah MSOSH yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Para pemenang juga diberi kesempatan berfoto kenangan dengan Datuk Mahfuz dan tatamu VIP lain setelah menerima hadiah masing-masing.

Ini adalah julung kalinya MSOSH menganjurkan anugerah media sebagai pengiktirafan kepada para wartawan yang telah menghasilkan karya berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Anugerah Media MSOSH itu diadakan dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) yang dilantik sebagai sekretariat penghakiman.

Majlis dimulakan dengan acara nyanyian Negaraku
Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia menyaksikan tandatangan perjanjian kerjasama antara MSOSH & MBOT
Majlis penyampaian hadiah Anugerah Media MSOSH dimulakan dengan kategori media cetak & portal berita. Tempat ketiga jatuh yang bernilai RM 1,000 jatuh kepada Wan Noor Hayati dari BH
Pemenang tempat pertama kategori media cetak & portal berita adalah milik kepunyaan Puan Halina Mohd Noor dari BH, dimana hadiahnya bernilai RM 3,000
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kategori penyiaran televisyen & video dalam talian. Wakil RTM Sabah memenangi tempat ketiga.
Tempat kedua menjadi milik Wan Zairul Azri & Norliza Binti Mohd Salleh, dari TV3, yang membawa pulang RM 2,000
Andy Reza Rohaidan dari RTM, penerima hadiah pertama yang bernilai RM 3,000 bagi kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian.
Para pemenang bergambar kenangan dengan Datuk Mahfuz Omar serta pimpinan tertinggi MSOSH & PERKESO
Datuk Mahfuz Omar memberi keterangan di sidang media.