Sekitar majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara 2011

Majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara (TWN) Hadiah Kewartawanan Malaysia telah berlangsung pada 16 Julai 2012 di The Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya.

Pada majlis itu, wartawan terbilang Datuk A. Kadir Jasin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dinobatkan sebagai TWN ke-9.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disaksikan oleh 300 tetamu, termasuk ahli keluarga dan sabahat rapat Datuk Kadir.

Selain menerima hadiah RM30,000.00 tajaan PETRONAS, Datuk Kadir juga menerima sijil pengisytiharan sebagai TWN.

Anugerah TWN diperkenalkan pada 1988 sebagai mengiktiraf seorang wartawan yang berbakti dan berjasa besar dalam bidang kewartawanan Malaysia.

Lapan penerima sebelum Datuk Kadir ialah: Tan Sri A Samad Ismail (1988), Tan Sri Lee Siew Yee (1992), Datuk Ishak Haji Muhammad (1995), Tun Mohamed Fuad Stephens (1998), Tan Sri Melan Abdullah (1999), Tan Sri Mazlan Nordin (2000), Tan Sri Zainuddin Maidin (2006) dan Datuk C.C Liew (2009).

1. Datuk Kadir khusyuk mendengar Pidato Pengisytiharan beliau sebagai Tokoh Wartawan Negara, disampaikan oleh Ketua Panel Pemilih, Profesor Dr. Ahmad Murad Merican.
2. Datuk Kadir menyampaikan ucapan penerimaan sebagai TWN.
3. Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyampaikan Sijil Pengisytiharan Tokoh Wartawan Negara kepada Datuk Kadir, di saksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil dan Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Media PETRONAS, Abdul Rahim Mydin.
4. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Kadir, Datuk Chamil dan Abdul Rahim bergambar kenangan selepas penganugerahan TWN disempurnakan.
5. Datuk Kadir bergambar kenangan bersama anak-anak didik beliau dalam bidang kewartawanan. Ada antara mereka yang kekal wartawan, ada yang sudah bersara atau meninggalkan dunia kewartawanan untuk menyertai bidang lain.
Foto ehsan kumpulan Utusan.