Yayasan Walkley, Australia dan MPI jalin kerjasama eratkan hubungan

Perwakilan dari Yayasan Walkley, Australia menyatakan kesediaan menjalin hubungan kerjasama  dengan Malaysian Press Institute (MPI) melalui suatu majlis makan tengahari yang dihoskan oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia, En. Michael Growder pada 5 Disember lalu di Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah institusi yang umumnya berperanan sama seperti MPI iaitu menganjurkan anugerah dan latihan kewartawanan untuk wartawan yang bekerja, Yayasan Walkley melalui Ketua Eksekutifnya, Cik Louisa Graham mengalu-alukan perbincangan lanjut dengan MPI mengenai  apa sahaja bantuan dan bentuk kerjasama yang diperlukan.

Majlis ini diadakan sempena lawatan Cik Louisa dan tiga wartawan senior lain yang juga ahli Yayasan Walkley ke Malaysia iaitu : Cik Sally Roberts, Eksekutif Editor di SBS News; Cik Rachael Dexter, Wartawan Multimedia & Produser di Fairfax Media dan En. Simon King, Editor Network di nine.com.au.

Pihak MPI dihadiri oleh YBhg. Dr. Safar Hasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI; En. Mohd. Azri Atan, Ahli Majlis Pentadbir MPI/Pengurus Perkhidmatan Editorial TV3; Puan Norainis Md. Nor, Editor TV3; En. Yusri Hazri Yusof, Editor TV3; En. Rosli Mohd. Nordin, Editor RTM; Pn. Nuzatul Shima Sulaiman, Pengurus Pembangunan dan Pemasaran MPI dan Pn. Nur Ramizah Abdul Aziz, Eksekutif Pentadbiran MPI.

Sambil menikmati jamuan tengahari, kedua-dua pihak rancak berbual, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman terutamanya mengenai isu-isu semasa yang membabitkan peranan wartawan dan operasi bilik berita, kebebasan media dan penubuhan majlis media di kedua-dua negara.

Majlis diakhiri dengan sesi foto dan saling bertukar nombor kontek dengan harapan dapat berjumpa lagi di pertemuan lain.

 

FOTO :

 

En. Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia (tiga dari kiri) menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil MPI dan Yayasan Walkley.

Turut kelihatan, dari kiri : Cik Rachael Dexter, Wartawan Multimedia & Produser di Fairfax Media; YBhg. Dr. Mohd. Safar Hasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI; En. Michael Growder; En. Simon King, Editor Network di nine.com.au dan Puan Norainis Md. Nor, Editor TV3.

Dari kanan : Cik Katelyn Hornby dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia, K. Lumpur; Puan Nur Ramizah Abdul Aziz dari MPI; Cik Louisa Graham, Ketua Eksekutif Yayasan Walkley, Australia; En. Mohd. Azri Atan, Ahli Majlis Pentadbir MPI/Pengurus Perkhidmatan Editorial TV3 dan Cik Sally Roberts, Eksekutif Editor di SBS News.

En. Michael Growder ceria bergambar bersama semua tetamu. Turut kelihatan ialah En. Rosli Mohd. Nordin, Editor RTM (paling kanan).