2 wakil baharu sertai Ahli Majlis Pentadbir

Mengisi dua tempat kekosongan wakil terdahulu dalam pentadbiran Malaysian Press Institute (MPI) sebagai Ahli Majlis Pentadbir kerana persaraan wajib, MPI menerima kehadiran dua wakil baharu bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan tersebut.

Mereka ialah YBhg Datuk Mokhtar Hussain, Ketua Pengarang BERNAMA dan YBhg Dato’ Mohd Sukari Ab. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia.

Kedua-duanya akan mewakili pertubuhan masing-masing dalam membantu MPI menerusi peranan yang digalas dan dipertanggungjawabkan terhadap kegiatan-kegiatan MPI seperti dalam bidang latihan, hadiah kewartawanan, program khas dan kegiatan lain yang dirancang bagi pelaksanaan bagi tahun tersebut.

Pengumuman tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya dalam mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir yang diadakan pada 10 Oktober bertempat di Hotel The Everly, Putrajaya.

Datuk Dr. Chamil mengalu-alukan kehadiran kedua-dua wakil tersebut dan berharap gandingan ahli baharu dan ahli yang sedia ada mampu membantu MPI memperkukuh lagi program-program kewartawanan seiring dengan perubahan lanskap kewartawanan dan menyebarluaskan khidmat kepakaran menerusi program-program khas atau anugerah media.

1. Datuk Mokhtar Hussain mewakili BERNAMA.
2. Dato’ Sukari Ab. Hamid mewakili JAPEN (Jabatan Penerangan Malaysia).
3. Ahli mesyuarat sedang mendengarkan cadangan Encik Azizi (berjaket gelap, tiga dari kiri). Turut kelihatan di dalam mesyuarat dari kanan – Encik Foo Tick Fat, Dato’ Sukari Ab. Hamid, Datuk Mokhtar Hussain, Encik Choo Joon Kian, Datuk Dr. Chamil Wariya, Datuk Zulkefli Hamzah, Puan Sri Diah Shaharudin dan Encik Azri Atan.