Bengkel OKU UNICEF untuk pengamal media dapat sambutan di Kota Kinabalu

Seramai 23 orang pengamal media dari Sabah termasuk seorang dari Semenanjung telah menghadiri bengkel kedua anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) Malaysia yang diadakan di Promenade Hotel Kota Kinabalu pada 27 Julai 2017.

Bengkel pertama telah berjalan dengan jayanya di Kuala Lumpur pada Mei lepas.

Kehadiran para peserta yang terdiri daripada ketua biro, wartawan dan juga “stringer” di Sabah telah menunjukkan bahawa pengamal media di Sabah masih dahagakan latihan seperti kesedaran tentang penulisan berkenaan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini.

1. Persembahan Mr Laurent yang bersahaja telah membuat sesi pengenalan dan objektif bengkel tersebut berjalan dengan penuh keseronokan dan tidak bosan.

1. Persembahan Mr Laurent yang bersahaja telah membuat sesi pengenalan dan objektif bengkel tersebut berjalan dengan penuh keseronokan dan tidak bosan.

Bengkel yang dihadiri pengamal media di Sabah telah mendapat respons yang sangat baik dari The Daily Express yang menghantar seramai 6 orang, Jabatan Penerangan Sabah 4 orang dan New Sabah Times 3 orang. The Borneo Post Tawau, RTM Sabah, NST, Sin Chew Daily, BH, Utusan Malaysia, BERNAMA, Harian Metro, The Malaysian Insight Sabah dan KOSMO KL masing-masing menghantar seorang wartawan dari media mereka.

Bengkel sehari ini menjadi lebih menarik apabila para peserta dapat berkongsi pengalaman menemuramah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga dapat bersemuka dengan penjaganya sendiri dan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi dan dapat memahami dengan lebih dekat lagi mengenai hak kanak-kanak Kelainan Upaya ini.

Berhadapan dengan OKU adakalanya membuatkan kita kekok dan tersalah tingkah, risau tersalah kata, akhirnya kita hanya berlalu pergi tanpa melakukan apa-apa apatah lagi bertegur sapa.

2. Encik Fariz Abd Rani, Pengerusi Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu (Malaysia) menceritakan pengalaman beliau menjadi Orang Kelainan Upaya setelah terlibat dalam kemalangan motosikal pada 1998.

2. Encik Fariz Abd Rani, Pengerusi Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu (Malaysia) menceritakan pengalaman beliau menjadi Orang Kelainan Upaya setelah terlibat dalam kemalangan motosikal pada 1998.

3. Para peserta bengkel begitu khusyuk mendengar ceramah tentang isu Orang Kelainan Upaya (OKU) dari salah seorang penceramah di sesi tersebut.

3. Para peserta bengkel begitu khusyuk mendengar ceramah tentang isu Orang Kelainan Upaya (OKU) dari salah seorang penceramah di sesi tersebut.

4. Antara keluarga yang ditemuramah oleh peserta dengan olahan berita, rencana dan kapsyen gambar yang menarik telah menjadikan kumpulan tersebut mendapat tempat pertama.

4. Antara keluarga yang ditemuramah oleh peserta dengan olahan berita, rencana dan kapsyen gambar yang menarik telah menjadikan kumpulan tersebut mendapat tempat pertama.

Rata-rata peserta berharap agar bengkel seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali agar mereka dapat melaporkan berita dan juga rencana berkenaan isu-isu OKU ini melalui penulisan mereka dengan cara yang betul, tepat, relevan dan menarik supaya ianya tidak menyinggung mana-mana pihak.

5. Sebahagian para peserta bergambar kumpulan bersama sijil masing-masing diakhir bengkel tersebut.

5. Sebahagian para peserta bergambar kumpulan bersama sijil masing-masing diakhir bengkel tersebut.

-Laporan Norhafiza Kamaludin.