CIDB lantik CEO MPI AJK CITP

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya untuk menganggotai CITP Initiative Working Group on Promotion atau Kumpulan Kerja Initiatif CITP mengenai Promosi Lembaga tersebut bagi tempoh 2018-2019.

 

CITP ialah singkatan untuk Construction Industry Transformation Programme yang bertujuan untuk mentransformasi industri pembinaan berasaskan empat teras strategik iaitu pertama, kualiti, keselamatan dan profesionalisme; kedua, pemeliharaan alam sekitar; ketiga, produktiviti dan pengantarabangsaan.

 

21 initiatif telah disenaraikan di bawah pelbagai program CITP.

 

Kumpulan Kerja CITP mengenai promosi yang dianggotai oleh 19 orang ahli terdiri daripada pengamal komunikasi korporat dan perhubungan awam yang ada kaitan dengan industri pembinaan diberi tanggungjawab untuk mencadangkan pelan promosi untuk menghebahkan empat teras CITP kepada umum.

 

Kumpulan kerja itu itu dipengerusikan oleh seorang arkitek kanan Ar. Saifudin Ahmad, Pengarah, SNO Architects Sdn Bhd.

 

Anggota-anggota lain terdiri daripada Pengarah Komunikasi Strategik, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Datuk Najmuddin Abdullah; Pengurus Kanan Lease Project Sdn Bhd, Puan Norleen Abdul Rahman; Puan Noor Aishah Mohamed Nor, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan UEM; Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya Malaysia, Puan Noreha Mohd Ripin; Pengarah Bahagian Teknologi Pembinaan dan Gaya Hidup MIDA, Puan Najihah Abas; Pengurus Besar Kanan Sektor Korporat dan Bisnes CIDB, Sr. Sariah Abd Karib; Pengarah Pejabat Pengurusan Program CIDB, Sr. Noridah Shafii; Pengarah Komunikai Korporat Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof; Pengurus Kanan Komunikasi Korporat MATRADE, Puan Zuhaila Akmar Mohd Sedek; Ketua Bahagian Korporat dan Hal Ehwal Awam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Puan Norina Yahya; Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya, Puan Fadzilah Abdul Rashid.

 

Mesyuarat pertama Kumpulan Kerja CITP mengenai promosi diadakan pada 8 Jun 2018; diikuti oleh mesyuarat ketiga pada 31 Julai 2018.

 

Keterangan gambar:

Anggota Kumpulan Kerja CITP mengenai Promosi bergambar kenangan selepas mesyuarat kedua pada 31 Julai 2018. 

Duduk: Ar. Saifudin Ahmad selaku pengerusi dan Sr. Sabariah Abdul Karib. Chamil (berdiri, kanan).