KEWARTAWANAN DIGITAL RELEVAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Forum Media Kebangsaan dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Taylor’s University yang berlangsung pada  25 September 2019 di Taylor’s University, Subang Jaya  baru-baru ini merumuskan industri kewartawanan perlu menerima dan bersedia untuk berubah sesuai dengan perkembangan teknologi  digital yang kini menuju  era Revolusi Industri 4.0.

Forum acara tahunan MPI kali ini bertemakan ‘Industri 4.0 – Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform’, dengan objektif membincangkan isu-isu perkembangan teknologi seperti kecerdasan bikinan atau ‘artificial intelligence’ (AI) serta kesan media digital kepada industri secara keseluruhannya.

Ia dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Dr. Latiffah Pawanteh, Ketua Pengajian Media & Komunikasi, Taylor’s University dan diikuti Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

Ucap Utama bertajuk “Rebooting the Media Industry – Present & Future Challenges” kemudiannya disampaikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, antara lain menegaskan peri pentingnya penggiat media lebih terbuka, kreatif dan dinamik dalam menangani cabaran persaingan bukan sahaja sesama agensi media, tetapi juga untuk mendepani dominasi media sosial dalam era revolusi ini.  “Syarikat media perlu menilai dan menyusun semula strategi untuk masa depan kerana model perniagaan yang ada tidak boleh digunapakai lagi sebab tidak praktikal,” tambah beliau.

Tajuk pertama “Cabaran kecerdasan bikinan dan kewartawanan dalam Era Digital” dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim dari Pengajian Media & Komunikasi, Taylor’s University. Antara ahli-ahli panel yang terlibat adalah Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Kumpulan, Malay Mail; En. Kamarul Bahrin Haron, Timbalan Ketua Pengarang, Astro AWANI; dan En. G. Perumal, Penolong Penyunting, Malaysia Nanban.

Tajuk kedua  “Citizen Journalism : Giving Voices to the Rakyat” turut menarik perhatian peserta. Ahli-ahli panelnya terdiri daripada Puan Aira Azhari, Eksekutif Kanan Unit Demokrasi & Tadbir Urus di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS); Prof. Zaharom Nain, Pengarah Pusat Pengajian Komunikasi di University of Nottingham, Kampus Malaysia dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Manakala En. Jahabar Sadiq, Ketua Pegawai Eksekutif/Editor, The Malaysian Insight bertindak sebagai moderator.

Lebih seratus pemimpin editorial, wartawan, pengamal media, ahli akademik dan pelajar universiti telah hadir dan menyertai forum ini. Sekumpulan pensyarah/pelajar kewartawanan dari University of South Australia turut menyertainya sebagai salah satu aktiviti ‘pertukaran program’ bersama Taylor’s University.

Forum diakhiri dengan Ucapan Penutupan daripada Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim sebelum semua ahli panel dan peserta menjamu makan tengah hari.

FOTO SEKITAR FORUM :

Pendaftaran : Editor dan wartawan (gambar kiri) serta ahli akademik dan pelajar (gambar kanan) mendaftar sebelum memasuki dewan.
Dari kiri : Cik Sarah Chew (Taylor’s University), En. Syed Azwan (TV AlHijrah), En. Azahar Kassim (UUM) dan wartawan foto NSTP berbual sambil minum kopi sebelum forum bermula.
Ucapan Aluan disampaikan oleh YBhg. Dr. Latiffah Pawanteh, Ketua Pengajian Media & Komunikasi, Taylor’s University dan diikuti Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI.
Ucap Utama bertajuk “Rebooting the Media Industry – Present & Future Challenges” disampaikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.
Foto Grup : Barisan hadapan dari kiri – Dr. Latiffah Pawanteh (Taylor’s University), En. Kamarul Bahrin Haron (Astro AWANI), Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Dr. Chamil Wariya (MPI), Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim (Taylor’s University), Prof. Zaharom Nain (University of Nottingham, Malaysia), Dr. Haniff Hassan (Jabatan Penerangan, KKMM), Dato’ Baharom Mahusin (Sinar Harian) dan Datuk Abdul Jalil Ali (Sinar Harian). Turut kelihatan, Datuk Wong Sai Wan (Malay Mail) – barisan kedua kanan dan En. Mohd. Azri Atan (TV3) – barisan kedua, berbaju biru.
Tan Sri Johan Jaaffar berbual santai dengan ahli-ahli panel forum selepas foto grup.
Tan Sri Johan Jaaffar meluangkan masa melayan pertanyaan media sambil ditemani Datuk Dr. Chamil Wariya.
Tajuk pertama “Cabaran kecerdasan bikinan dan kewartawanan dalam Era Digital” disampaikan oleh ahli-ahli panel terdiri daripada : dari kiri, Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Kumpulan, Malay Mail; En. Kamarul Bahrin Haron, Timbalan Ketua Pengarang, Astro AWANI; dan En. G. Perumal, Penolong Penyunting, Malaysia Nanban.
Tajuk kedua “Citizen Journalism : Giving Voices to the Rakyat”, ahli-ahli panelnya terdiri daripada : dari kiri – Prof. Zaharom Nain, Pengarah Pusat Pengajian Komunikasi di University of Nottingham, Kampus Malaysia; Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM); dan Puan Aira Azhari, Eksekutif Kanan Unit Demokrasi & Tadbir Urus di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Moderator bagi tajuk kedua – En. Jahabar Sadiq, Ketua Pegawai Eksekutif/Editor, The Malaysian Insight.
Cik Yiswaree Palansamy dari Malay Mail (kiri) dan Cik Sarah Chew (Taylor’s University) adalah antara peserta forum yang bertanyakan soalan.
Audien/peserta memberikan tumpuan ketika forum berlangsung.
Ucapan Penutupan Forum daripada Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim dari Pengajian Media dan Komunikasi, Taylor’s University.
Ahli panel dan peserta forum menikmati makan tengah hari sebelum bersurai.