PEMUDAH iktiraf pengamal media

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PEMUDAH Journalism Competition yang bermatlamat untuk menggalakkan pengamal media menghasilkan laporan berkaitan dengan langkah dan usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha membantu meningkatkan kesedaran dan persepsi orang awam mendapat respon positif dalam kalangan pengamal media.

Hal ini kerana kepentingan medium kewartawanan dan media sebagai perantara antara rakyat dan pihak kerajaan amat diperlukan dengan memberikan maklumbalas daripada rakyat mengenai keadaan realiti sebenar berkait dengan perkhidmatan yang ditawarkan baik sektor kerajaan atau swasta.

Laporan yang dihasilkan berperanan membantu pihak Kerajaan dan swasta dalam usaha menambahbaik keperluan dan perkhidmatan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kedudukan terbaik antarabangsa menerusi penawaran perkhidmatan yang mudah, cekap dan berkesan.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berlangsungnya majlis ringkas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang PEMUDAH Journalism Competition 2016 oleh Ketua Setiausaha Negara sendiri, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Turut sama meraikan pemenang Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya dan Pengerusi Bersama PEMUDAH, Tan Sri Saw Choo Boon.

Dua kategori kekal dipertandingkan iaitu kategori media cetak/online dan media penyiaran TV; dan pemenang utama membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

Bagi kategori media cetak dipertandingkan mengikut tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin.  Azman Anuar dari Utusan Malaysia; Lim Wing Hooi dari The Star dan Wu Suet Wah dari The Busy Weekly masing-masing dinobatkan sebagai pemenang utama kategori media cetak.

Tiada pemenang utama diumumkan bagi kategori media penyiaran TV.

Majlis terlebih dahulu meraikan para pemenang daripada kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi menerusi PEMUDAH Challenge 2016.



1. Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyampaikan ucapan sebelum melancarkan Laporan Tahunan PEMUDAH 2016 dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

1. Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyampaikan ucapan sebelum melancarkan Laporan Tahunan PEMUDAH 2016 dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

2.Pemenang PEMUDAH Challenge 2016 terdiri daripada para pelajar mewakili Institusi Pengajian Tinggi masing-masing bergambar kenangan di pentas utama selepas menerima hadiah.

2. Pemenang PEMUDAH Challenge 2016 terdiri daripada para pelajar mewakili Institusi Pengajian Tinggi masing-masing bergambar kenangan di pentas utama selepas menerima hadiah.

3.Tan Sri Dr. Ali Hamsa (tengah) bergambar kenangan bersama para pemenang PEMUDAH Journalist Competition 2016. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr. Chamil Wariya dan Pengerusi Bersama PEMUDAH, Tan Sri Saw Choo Boon.

3. Tan Sri Dr. Ali Hamsa (tengah) bergambar kenangan bersama para pemenang PEMUDAH Journalist Competition 2016. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr. Chamil Wariya dan Pengerusi Bersama PEMUDAH, Tan Sri Saw Choo Boon.