Pengarah Bahagian dan Negeri SPRM hadiri Kursus Jurucakap dan Perhubungan Media

Malaysian Press Institute (MPI) telah menganjurkan satu bengkel khas melatih pengarah-pengarah bahagian dan negeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berhadapan dengan media secara professional pada 11 dan 12 September 2019 lalu.

Bengkel yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah dibimbing oleh personaliti TV tersohor, Yusanani Yushak yang pernah berkhidmat sebagai penyampai Buletin Utama TV3 dan pengurus komunikasi korporat stesen TV itu, selain pernah melatih penyampai berita RTM melalui program Penyampai Ikon.

Seramai dua puluh dua orang peserta mengambil bahagian dalam bengkel yang dianjurkan sebagai persediaan kepada pengarah-pengarah bahagian dan negeri untuk berhadapan dengan media secara profesional disebabkan mereka membawa imej SPRM dalam menyampaikan mesej pencegahan rasuah. Ia juga dianjurkan bagi memenuhi pelan tindakan strategi teras 4, pelan Strategik SPRM 2017-2020 untuk melantik dan melatih ‘spokesperson’ SPRM untuk berdepan dengan media secara profesional khususnya menerusi wawancara eksklusif dan siaran langsung di televisyen.

Selama dua hari berkursus, seramai dua belas pengarah cawangan dan sepuluh pengarah bahagian telah didedahkan dengan selok belok tampil berwibawa apabila di temuramah oleh wartawan televisyen dan bagaimana untuk menyampaikan mesej secara berkesan kepada khalayak disamping menjalani sesi ‘mock up studio’ yang disediakan khas bagi memberi gambaran dan situasi sebenar semasa ditemu bual oleh pihak media. Mereka juga didedahkan dengan sesi sidang media olok-olok.

Para peserta bergambar kumpulan bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil (empat dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya (empat dari kiri). Berdiri depan dari kiri: Datuk Izani Wan Ishak, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan, Tuan Ismajuri Ismail, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Dato’ Bahri Mohamad Zin, Pengarah Bahagian Operasi Khas, Puan Yusanani Yushak, Penceramah Kursus, Puan Razaliah Ab. Rahman, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Dato’ Idris Zaharuddin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Berdiri tengah dari kiri: Tuan Ramli Ismail, Pengarah SPRM Kelantan, Dato’ Hj Mohd Fauzi Hj Mohamad, Pengarah SPRM Perak, Dato’ Azmi Kamaruzaman, Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan, Tuan Mohamad Soib Hj Abdulllah, Pengarah Bahagian Keselamatan, Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah, Tuan Mohamad Zamri Zainul Abidin, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram & Pelucuthakan Harta (AMLFOP), Tuan Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Mohd Shukor Mahmud, Pengarah SPRM Perlis, Tuan Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

Berdiri belakang dari kiri: Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor, Tuan Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Putrajaya, Tuan Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Terengganu, Datuk Abd Aziz Aban, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Tuan Mohd Hafaz Nazar, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan & Penyelidikan, Tuan Mohd Nor Ali, Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat dan Tuan Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak.