WARTAWAN BUAT PERSEMBAHAN PADA MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2016

Meraikan kalangan wartawan tempatan pada Malam Wartawan Malaysia yang bakal berlangsung pada Jumaat, 20 Mei 2016 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur, MPI memberi penghormatan kepada wartawan untuk membuat persembahan.

Masing-masing mewakili TV3, Harian Metro, Kumpulan Media Karangkraf dan Kumpulan Utusan mengesahkan penyertaan sebagai penghibur pada malam tersebut.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Azri Atan, Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran Malam Wartawan Malaysia turut dihadiri bersama Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi Bersama Malam Wartawan Malaysia 2016 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MPI dan Encik Aznan Shahren, Pengurus Besar Memories Entertainment yang bertindak sebagai pengurus acara program Malam Wartawan Malaysia 2016.

Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan genre dan tajuk lagu yang akan dipersembahkan dan aturan persembahan dalam usaha untuk mempastikan majlis berjalan dengan lancar.

Terdapat lima segmen penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2015, dan segmen hiburan juga dibahagikan kepada lima segmen. Segmen pertama hiburan akan disampaikan oleh Fareez Azman (TV3) dan Nor Fadzlie Haji Safri (Kumpulan Karangkraf) mendendangkan nyanyian solo yang diringi oleh Band 11’O Clock Off Stone daripada Kumpulan Utusan.

Wakil Harian Metro iaitu Syafil Syazwan Jefri dan Georgie Joseph tampil mendendangkan lagu masing-masing secara minus one pada segmen kedua hiburan.

Segmen ketiga ditaja oleh Petronas dengan membawa tarian zapin Negeri Johor Darul Takzim.

Manakala segmen keempat, nyanyian duet oleh Nor Fadzlie dan Natasha Amira (Kumpulan Karangkraf) dan nyanyian solo oleh Mior Abdul Malek Raiyani (TV3), dan terakhirnya persembahan Band daripada Kumpulan Utusan yang menggelarkan diri mereka 11’O Clock Off Stone dianggotai oleh Amran Mulup, Sani Misnan, Adly, Hailhesfa dan Aizul.

Mohd Azri Atan(kiri) dan Datuk Dr. Chamil Wariya mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan persembahan pada Malam Wartawan Malaysia 2016.

Mohd Azri Atan(kiri) dan Datuk Dr. Chamil Wariya mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan persembahan pada Malam Wartawan Malaysia 2016.

Serius.. Pengerusi Malam Wartawan Malaysia 2016 menekankan acara selingan perlu berjalan dengan lancar tanpa menggangu kelangsungan majlis.

Serius.. Pengerusi Malam Wartawan Malaysia 2016 menekankan acara selingan perlu berjalan dengan lancar tanpa menggangu kelangsungan majlis.

Bakal membuat persembahan; dari kiri Mior Abdul Malek Raiyani (TV3), Georgie Joseph (Harian Metro), Syafil Syazwan Jefri (Harian Metro) dan Nor Fadlie Haji Safri (Kumpulan Media Karangkraf).

Bakal membuat persembahan; dari kiri Mior Abdul Malek Raiyani (TV3), Georgie Joseph (Harian Metro), Syafil Syazwan Jefri (Harian Metro) dan Nor Fadlie Haji Safri (Kumpulan Media Karangkraf).

Utusan Malaysia diwakili oleh Band 11 O’Clock Off Stone yang diketuai oleh Amran Mulup (berbaju biru) dan Sani Misnan (kemeja putih).

Utusan Malaysia diwakili oleh Band 11 O’Clock Off Stone yang diketuai oleh Amran Mulup (berbaju biru) dan Sani Misnan (kemeja putih).

Auliya Rashid dan Zahari Hamzah (PETRONAS) turut hadir membincangkan jenis persembahan yang akan ditampilkan pada Malam Wartawan Malaysia 2016. PETRONAS menaja persembahan dengan membawa tarian zapin dari Johor.

Orang penting : Aznan Shahren daripada Memories Entertainment , syarikat pengurusan acara yang dilantik oleh MPI untuk mempastikan program berjalan dengan lancar seperti yang telah dimaklumkan.

Orang penting : Aznan Shahren daripada Memories Entertainment , syarikat pengurusan acara yang dilantik oleh MPI untuk mempastikan program berjalan dengan lancar seperti yang telah dimaklumkan.

Wartawan untuk Wartawan.. Persembahan hiburan yang menjanjikan kelainan Malam Wartawan Malaysia 2016.

Wartawan untuk Wartawan.. Persembahan hiburan yang menjanjikan kelainan Malam Wartawan Malaysia 2016.